Cuba Banding

Thursday, September 29, 2011

PERKASA ancam lagi


PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu
Sep 29, 11 1:36pm
PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

NONEKetua PERKASA negeri itu, Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu,” kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian.

NONEAmaran itu dikeluarkan selepas pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu ceramah di Ampangan, Seremban Sabtu lalu. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA daripada mara menuju ke pentas ceramah.
Bertindak liar

Mat Sabu menimbulkan kontroversi selepas beliau pada ucapan pada 21 Ogos lalu memuji Mohamed Indera, seorang pemimpin pemberontak yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu telah menimbulkan perdebatan hangat di seluruh negara berhubungan perjuangan kemerdekaan negara. Tetapi Mat Sabu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa bahawa mereka yang berada di balai polis ketika itu berkhidmat kepada kerajaan Inggeris.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanMengulas pergaduhan Sabtu lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata PERKASA sengaja cuba menimbulkan suasana huru-hara.

“PERKASA sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.
Sepak terajang politik

“PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan PAS sendiri.

perkasa protest in mat sabu seremban ceramah 250911 injured pas supporter hadi“PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga,” katanya.

Menurut Riduan, menganggu program PAS serta memukul penyokong parti itu adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran.

“PAS sama sekali tidak izinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan akan tetap istiqomah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

“DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran disebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya,” katanya lagi

http://www.malaysiakini.


Hudud: Nik Aziz ‘bersyukur’ pendirian Pakatan Rakyat

September 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi.
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.
“Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan,” kata beliau sambil menambah, pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.
Malangnya kata beliau (gambar), undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat, didukung oleh Umno, “menghalang kami daripada berbuat demikian.”
Malam tadi, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.
“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.
“Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
“Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah,” kata mereka.
Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.
Sabtu lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi ini.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
Khamis lalu, Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 berkata, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.
Sehari selepas kenyataan Karpal itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula memberi kata dua bahawa keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Nik Aziz bertegas hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.
“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya yang turut berpendirian bahawa hukum hudud akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.
Isnin lalu, komponen Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan agar kesemua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga satu mesyuarat, yang diadakan semalam.

No comments: