Cuba Banding

Wednesday, November 30, 2011

PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan


Posted on Wednesday, November 30 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

BeritaOleh Salhan K Ahmad

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

PKR dedah pula dakwaan pembelian tanah, kenderaan 
http://www.tranungkite



Shahrizat: “NFC tiada kaitan dengan saya”, timbul kemarahan orang ramai

Approved by: paktam
Topik: Artikel
Oleh Wong Choon Mei
Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.
Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut.


'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin' 
Nazri Abdullah 

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ucapan Muhyiddin malam tadi hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.
Full Story...


PRU 13: Apa maksud Najib kata ‘luar biasa’
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemuda PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib supaya jentera Umno bersiap sedia menghadapi PRU 13 yang disifatkan ‘luar biasa’ dengan tindakan ‘









  • PSC cadangkan S'jaya Diraja siasat 'Projek IC'
  • NONEDalam laporan awalnya itu, PSC menyatakan bahawa syor itu dibuat berikutan banyak aduan berhubung Projek IC yang diterima jawatankuasa itu semasa inkuiri awam di Kota Kinabalu minggu lalu.
  • PKR dakwa NFC sering bayar syarikat pelancongan
  • Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

No comments: