Cuba Banding

Thursday, December 15, 2011

Chalet mewah di Janda Baik Kepunyaan Shahrizat

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil
Berita, Komentar, Ulasan & PendapatOleh Milo Suam

BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik[Twitter Shahrizat].







Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).

Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter [Twitter].



ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut. Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.


Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari. Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga. Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya. Pendedahan lanjut menyusul.




ReJaM© "Lembu Kak Ijat duduk dalam Chalet juga ke? Kah kah kah..."

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil

Posted on Thursday, December 15 @ 01:36:41 MYT by aya 
http://www.selatanonline.



[Terkini - Video] Tabik kat Mat Sabu.. sampai sanggup bagi microphone suruh orang UMNO bantai dia....

Mat sabu beri laluan kepada Umno untuk buat Kecoh Di pentas

Najib: BN bantu kaum Cina, kaum Cina ‘kena sokong kerajaan’

December 15, 2011
Najib: BN bantu kaum Cina, kaum Cina ‘kena sokong kerajaan’
KLANG, 15 Dis — Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.
Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.
Berucap pada jamuan makan malam Perpaduan Agama Tao Selangor di Pandamaran di sini malam tadi, Najib (gambar) yang juga Pengerusi BN berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.
“Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.
“Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan,” katanya dipetik Bernama Online.
Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.
“Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.
Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, berbilang agama supaya memberi penekanan kepada titik persamaan dalam nilai agama masing-masing demi membina Malaysia yang lebih bersatu padu.
Beliau berkata walaupun setiap agama berbeza dalam mengajar perkara yang baik tetapi nilainya tetap bersandar kepada nilai-nilai universal seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah dan rajin bekerja.
“Kalau kita boleh menekankan nilai-nilai bersama, maka kita ada titik persamaan antara sesama kita. Kita boleh memupuk warganegara yang baik tak kira sama ada Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Tao... yang penting warganegara yang baik yang sayang pada negara, setia pada negara hormat undang-undang dan kaum agama yang lain,” katanya.
Najib menambah, pengasas Malaysia yang diketuai Tunku Abdul Rahman mempunyai pandangan jauh untuk mentadbir negara yang kompleks seperti Malaysia.
“Justeru, rakyat dan pemimpin-pemimpin perlu mempunyai sikap bertolak ansur. Kalau kita nak semua yang kita tuntut, pastilah kita akan berbalah atau bergaduh antara satu sama lain,” katanya.
Selain itu, katanya rakyat Malaysia juga mempunyai sikap saling menghormati antara satu sama lain terhadap aspek agama dan budaya seperti yang ditampilkan oleh penganjur majlis itu, Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Selangor, yang menyediakan makanan halal untuk jemputan Islam.
“Saya datang malam ini bersama MIC, MCA, PPP, Gerakan kerana kita menghormati agama Tao sebab itu kami ada bersama-sama dalam majlis ini,” katanya sambil berterima kasih dengan sambutan yang diterima pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama.
Najib juga berkata Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan berteraskan dasar-dasar inklusif terutamanya dalam pembasmian kemiskinan yang tidak mengira kaum dalam menghulurkan bantuan.
“Bila kerajaan beri (bantuan sekolah) RM100, kita beri kepada setiap pelajar tidak kira sama ada Sekolah Kebangsaan, Cina, Tamil dan Sekolah Agama dan dalam sedikit masa lagi kita beri (bantuan rakyat 1 Malaysia) RM500 pula kepada mereka berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 (sebulan),” katanya.
Menurutnya kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk menjamin Malaysia maju ke hadapan sebagai negara berpendapatan tinggi termasuk mengurangkan kerenah birokrasi.

Kecewa dengan BN, ahli Umno Terengganu sertai PAS| Print |
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Umno di Terengganu diakui berada dalam keadaan semakin lemah sekarang oleh ahli-ahli parti itu sendiri, sehingga menyebabkan orang ramai semakin hilang keyakinan terhadap Umno BN untuk terus memerintah di negeri itu.

Realiti itu terserlah apabila ahli-ahli Umno di Terengganu kini semakin ramai yang mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyertai PAS, bagi bersama-sama merealisasikan harapan "PAS Ganti Umno" di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, perbezaan sikap dan tindakan para pemimpin Umno BN dan PAS dapat dinilai sendiri oleh rakyat Terengganu hasil dari pemerintahan PAS di negeri itu pada tahun 1989 lalu, walaupun hanya untuk tempoh sepenggal.  

Menurutnya, sepanjang PAS memerintah, seluruh rakyat Terengganu sendiri dapat merasakan betapa mudahnya urusan antara kerajaan dan rakyat dalam pelbagai perkara termasuk berkaitan pengurniaan tanah kepada rakyat.

Katanya, selain itu, rakyat Terengganu sendiri mengetahui sejak PAS memerintah tidak lagi dikenakan cukai pintu di kawasan-kawasan perbandaran, di samping tidak mengalami kesukaran dari segi karenah birokrasi.

"Sepanjang PAS memerintah, rakyat Terengganu juga tahu tidak terdapat penyelewengan dan salahguna kuasa dan rasuah di kalangan para pemimpin PAS sehingga tak ada seorang pun pemimpin PAS yang boleh diheret ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

9 Disember 2011 lalu, 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah mengambil keputusan keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Salahuddin.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

Mereka turut mengakui tindakan mereka itu pasti memberi tamparan hebat kepada Umno Dun Teluk Pasu khususnya dan Umno Kuala Nerus serta negeri amnya, lantaran kekecewaan ahli-ahli parti itu sendiri terhadap para pemimpin mereka.

Antara contoh yang diberikan oleh kedua-dua mereka berhubung perkara itu termasuklah hal-hal yang berkaitan projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut yang jelas terdapat unsur salahguna kuasa.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat; Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha PAS Kuala Nerus, Zakaria Dagang.

Menurut Salahuddin, kemasukan 80 orang ahli Umno ke dalam PAS itu sememangnya mencipta sejarah yang amat membanggakan PAS, memandangkan sebelum ini amat jarang ahli-ahli parti itu di Terengganu menyertai PAS secara serentak sebanyak itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin tindakan 80 bekas ahli Umno itu merupakan sebahagian dari lambang kebangkitan golongan muda untuk bersama-sama melakukan perubahan politik di negeri itu.

"Banyak faktor yang dilihat oleh ahli-ahli Umno sendiri dan genarasi muda sekarang yang mendorong mereka menyertai PAS. Antaranya termasuklah perpaduan utuh di kalangan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri berbanding Umno BN, sehingga tidak berlaku kem-kem dalam PAS.

"Keadaan itu berbeza dengan Umno khususnya di Terengganu sehingga berlakunya kem Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Idris Jusoh ekoran perebutan jawatan dan kuasa, sehingga akhirnya rakyat sendiri yang mengakui mereka terabai," katanya.

Beliau berharap agar penyertaan 80 orang bekas ahli Umno itu ke dalam PAS akan dijadikan titik renungan oleh ahli-ahli Umno BN lain di Terengganu untuk bersama-sama berhijrah ke dalam PAS.

Tindakan itu, tegasnya, amat penting untuk membolehkan PAS merampas Terengganu dari Umno BN pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan PAS melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik terhadap rakyat seperti yang diharapkan oleh orang ramai sendiri.

No comments: