Cuba Banding

Thursday, December 1, 2011

SIAPA PUNYA BAJU DALAM YANG BERHARGA RM26,000

HEBOH ISU BAJU DALAM RM26,000PDFPrintE-mail
Written by Admin   
Thursday, 01 December 2011 03:29
Share

BEKAS Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa menuduh seorang pemimpin Wanita Umno hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000.
Perwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.
"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.
Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut dakwaannya itu.
'Pendedahan' itu dipercayai ekoran serangan berterusan pembangkang terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gaya hidup mewah pemimpin Umno.
Antara yang dikaitkan dengan dakwaan hampir sama isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwa memiliki cincin berlian RM24 juta. Rosmah bagaimanapun menafikannya.
Sementara itu, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika diminta mengulas dakwaan itu berkata beliau terkejut dengan fitnah yang dilontarkan oleh pemimpin Umno berkenaan.
“Saya ingin sekali melihat klip (video) jika beliau mempunyai bukti! Masa, tarikh dan sebagainya!” katanya dalam SMS ringkas kepada Malaysiakini.



PILIHANRAYA UMUM KE 13, 15 JANUARI?PDFPrintE-mail
Written by Admin   
Thursday, 01 December 2011 02:10
Share

Oleh : SUARA PAKATAN RAKYAT
AKHBAR Cina, Oriental Daily dalam laporan muka depannya kelmarin memuatkan spekulasi terbaru tarikh pilihanraya umum bakal diadakan, iaitu pada 15 Januari 2012.
Asas kepada ramalan Oriental Daily ialah dari sumbernya yang mengatakan Perdana Menteri tidak akan berkunjung ke luarnegeri pada Januari, selain cuti anggota polis yang dibekukan.
Akhbar Cina seperti yang kita ketahui jarang memilih berita-berita yang tidak punya kualiti untuk disiarkan, apatah lagi untuk dimuatkan di berita muka hadapan.
Penulis masih memegang pendirian bahawa ramalan-ramalan mengenai tarikh pilihanraya ini tidak mempunyai merit seperti mana yang telah banyak terbukti sejak Julai 2011.
Bagaimanapun, keberanian Oriental Daily memuatkan berita sedemikian di halaman depan, membuatkan penulis terfikir bahawa ramalan kali ini ada besar kemungkinannya untuk berlaku.
Jika ramalan Oriental Daily ini benar-benar menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan buat pertama kalinya pilihanraya negeri untuk Selangor dan Pulau Pinang akan diadakan berasingan dari pilihanraya umum. Kedua ketua kerajaan negeri tersebut telah mengumumkan tidak akan membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pilihanraya umum.
Satu lagi perkara besar yang dijangka akan berlaku jika benar pilihanraya dilangsungkan pada 15 Januari 2012, Pakatan Rakyat dan NGO Bersih akan meneruskan perhimpunan Bersih 3.0 berikutan proses menambah baik pilihanraya yang sedang dalam kajian Jawatankuasa parlimen berkaitan masih belum selesai.
Tempoh masa dari tarikh parlimen dibubarkan sehingga pilihanraya dilangsungkan akan memberi peluang kepada NGO Bersih untuk mengatur koordinasi perhimpunan tersebut.
Apa pun, keputusan akhir masih lagi di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dia pula diketahui mempunyai corak pemikiran yang sukar dijangka, waima oleh ahli partinya sendiri.

http://sabahkini.

No comments: