Cuba Banding

Tuesday, June 5, 2012

Nak Tanya Sikit Hampa Pi Ke Alor Staq..Pas Bayar Ke..?

Nak Tanya Sikit Hampa Pi Ke Alor Staq..Pas Bayar Ke..?
Posted on Monday, June 04 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

ArtikelOleh: abuluqman

"

Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir. Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun. Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.



Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang. PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang.



Apa la punya..tak reti..ahli PAS dari dulu lagi pi tang mana pun pakai duit sendiri, sapa pun tak bagi , kalau UMNO tak bagio duit sory la..kami tak pi, Buat demo tunjuk bontot pun minta duit kopi...Tahniah kepada ahli PAS..kita dari dulu sampai kini dan selamanya insyallah duit sendiri kut."
 



http://www.tranungkite.net

3 comments:

Anonymous said...

Bukan PAS yang bayar,tapi kami semua ahli2 yang bayar untuk PAS,sebab kami sayang PAS,bukan macam UMNO..UMNO bayar kepada ahli2,sebab UMNO sayang kepada ahli,tapi ahli2 tak sayang kat UMNO..

Anonymous said...

saya pi aloq staq ngan geng sedarjah,adakah orang bayaq?.setahu kami tak ada dan tak dengaq pun.kami dengaq depa pas ajak kami pi ambik wudhu untok bersolat haktu adalah.

Anonymous said...

Dibayar dengan nilai yang hanya boleh ditunai di Akhirat.

UMNO mana tahu bayaran jenis ini.