PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.
NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
public transportation 260706 star lrtShahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.



http://www.malaysiakini.com/