Cuba Banding

Sunday, July 22, 2012

USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara

USD 1Trilion WANG HARAM dipindah keLuar Negara
Posted on Sunday, July 22 @ 00:17:35 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

KomentarOleh: irama

"Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara. Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.

Pengaliran Wang Haram: Siasat Penglibatan Golongan Politik
SHAH ALAM 21 JULAI: Senator, Dr Syed Husin Ali menggesa kerajaan menjelaskan isu-isu menyentuh penglibatan individu kaya yang menyembunyikan kekayaan dari hasil kegiatan haram dengan memindahkan wang ke luar negara secara haram.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penangguhan di Dewan Negara baru-baru ini.
Katanya, aliran keluar wang haram yang semakin melonjak itu, antara lain disebabkan kebimbangan pemimpin besar politik dan ekonomi yang takut kehilangan kuasa dan pengaruh.
Beliau turut memberitahu Malaysia menduduki tempat ke lima tertinggi pengaliran wang haram ke luar negara.
“Mengikut laporan global Financial Integrity dengan tajuk Financial Flows from Developing Countries 2000-2009, Malaysia terletak pada kedudukan kelima mengikut jumlah wang haram yang mengalir keluar, iaitu di belakang China, Russia, Mexico dan Saudi,” katanya.
Selain itu laporan yang dinyatakan Syed itu turut menyebut sejumlah USD291 billion wang haram mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2000 hingga 2008.
Dalam laporan yang sama turut menyebut angka tersebut mencecah antara USD337 billion atau lebih USD1 trilion pada 2009.
Jelasnya kadar lonjakan yang besar ini berlaku mungkin berkaitan dengan isu-isu tatakelola pentadbiran (governance) yang menjejaskan sektor-sektor awam dan swasta.
Dr Syed berkata jumlah pengaliran wang haram tersebut yang lima kali ganda dari anggaran Belanjawan 2012 itu mampu memberi banyak manfaat kepada negara sekiranya dapat digunakan sebagai modal pelaburan dalam negara.
“Dari segi hutang pula, jumlah wang haram ini adalah lebih daripada dua kali ganda jumlah hutang negara, yang pada 2012 adalah sebanyak RM456 bilion.
“Ertinya dengan cukai yang boleh dikutip daripada wang haram yang mengalir keluar sepanjang satu dekad antara tahun 2000 sehingga 2009, kita sebenarnya boleh melunaskan sebahagian besar daripada hutang negara tersebut,” katanya lagi.
Dari http://www.selangorku.com/?p=11639
------------------------------------------------------------------------------------
Apa itu Illicit Fund (Wang Haram)?
Illicit fund (aliran wang haram) terjadi disebabkan bebarapa faktor. Antaranya:
  • gejala rasuah yang berleluasa
  • pengubahan wang haram
  • urusniaga dadah
Wang-wang haram ini dibawa keluar dan disimpan di Swiss Bank, London dan beberapa bank antarabangsa yang lain.
Kerajaan sepatutnya tidak memandang entang akan hal ini terutamanya apabila hutang Malaysia tahun ini mencecah RM456.1 bilion!
Jika “jerung-jerung” yang selama inibebas berkeliaran di Malaysia meneruskan aktiviti haramnya tanpa gangguan berjaya ditangkap, insyalllah lebih banyak wnag rakyat dapat diselalamatkan dan dipulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk “menikmatinya”.
Aliran wang haram yang berlaku di Malaysia ini boleh disamakan dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara.


http://www.tranungkite.net





Kedutaan ditutup, warga M'sia di Syria diarah pulang
Luar NagaraBlog Malaysiakini.com
    
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.


Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

"Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

"Sehubungan itu saya fikir kedutaan kita wajar ditutup serta merta berikutan perkembangan terkini yang berlaku di sana," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Pulau Serai bersama kira-kira 300 jemaah di Pekan malam tadi.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Speaker Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Mohamed Razali Wan Mahussin.

Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria dengan segera.

Pemindahan itu diselaraskan oleh Kementerian Luar Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.

Anifah berkata Duta Besar Malaysia dan empat orang pegawai kedutaan akan turut diminta pulang buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar selesai dilaksanakan.

Kesemua 138 rakyat Malaysia yang terdiri daripada 128 pelajar dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia itu sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian Luar juga menggesa kesemua rakyat Malaysia yang masih berada di Syria agar pulang ke tanah air atau meninggalkan negara berkenaan dengan segera, dan bagi mereka yang berhasrat melawat Syria, dinasihatkan menangguhkan lawatan hingga situasi keselamatan kembali pulih.

- Bernama
Posted on Sunday, July 22 @ 11:34:58 MYT by ibn_bacoks
http://www.selatanonline.net

No comments: