Cuba Banding

Saturday, April 27, 2013

ADAKAH PATUT - Wanita Umno Samakan Taraf Rosmah Seperti Isteri Nabi?


KANTOI! Wanita Umno Samakan Taraf Rosmah Seperti Isteri Nabi?


Barangkali inilah yang dikatakan jahil tentang agama hingga sudah tidak kenal erti dosa atau pahala.

Sebuah poster yang ditampal di tiang elektrik menunjukkan bagaimana Umno sudah menyamakan taraf dua wanita sebagai "isteri nabi".

Kedua-dua gambar yang terpampang di poster itu dikenali sebagai isteri BEKAS perdana menteri, Rosmah Mansor dan ketua wanita Umno Malaysia, Shahrizat Jalil.

Antara kandungan yang tertulis pada poster berkenaan menyebut:

"Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami.
Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh.
Perkenankanlah Doa Kami
Ya ALLAH.. AMIN."

Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Poster tersebut dikesan ditampal di sekitar Kuala Langat, Selangor oleh seorang penduduk yang memuat naik gambar tersebut di laman sosial Facebook sejam yang lalu.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan ketawa apabila melihat poster tersebut adalah kedua-dua wanita Umno ini langsung tidak menutup aurat iaitu dengan jelas masih menunjukkan rambut bahagian depan sedangkan dalam Islam wanita mesti menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.

Tetapi yang paling kelakar ialah apabila 'doa' yang ditulis di atas poster itu merayu-rayu pula agar diberi kesihatan yang baik konon untuk meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin serta isteri nabi-nabi sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui tembelang masing-masing.

Rosmah yang dikaitakan dengan tabiat suka boros dan berbelanja mewah setiap kali ke luar negara juga terpalit dengan skandal cincin berlian RM24 juta seperti yang dibuktikan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dua tahun lalu.

Manakala Shahrizat sudah tidak perlu diperkenalkan lagi apabila Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berjaya membuktikan Shahrizat selaku menteri menyalahgunakan kedudukannya bagi memperolehi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebanyak RM250 juta hingga wanita Umno sendiri pun malu untuk berkempen setiap kali dia turun ke seluruh negara.

Gambar tersebut turut mendapat respon dari pembaca Facebook yang mengatakan antara lain:

Zaquwan Wan kucar lanang dh ni mnta doa ke pemimpin aurat pun x tutup...jauh nanang nk bnding dgn istri nabi....x lebai kore kut doa ni....

Sesah Ben Lapah jangan marah...salah pada pandangan kita,mungkin dibolehkan mengikut mazhab mereka,haha...dah ingat Allah turutlah perintahNya...

Taqdis Fasajadu Adoiii...malaysia semakin gila kerana harta rakyat...
Bini firaun lbh mulia dr dia lah...

Adukalara Aduka kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah agak2 lah woii...

Bismi Ibrahim tobat malaikat 44, jauh panggang dari syurga tapi dekat dgn api neraka. inilah contoh2 yg blh disamakan mereka 2 ekor ni, smpi nk disamakan dgn umirul mukminin. dpt je botakkan kepala dlu. isteri2 nabi s.a.w tak makan rasuah, xda ciri2 munafiqin mcm 2 ekor ni, lembu lebih mulia.

Muhd Dniel Setan betul la aku smpai cancel x jd berak tgok poster hram jdh ni..hmm..terlokop laa mlaysia

Hampir kesemua pembaca yang memberikan komen ternyata menggelengkan kepala melihatkan betapa terdesaknya wanita Umno ini sanggup menyamakan kedua-dua mereka dengan isteri nabi yang sudah tentu lebih mula dari dua penyangak ini.

Mengapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menyiasat perkara ini kerana ia jelas sekali bertentangan dengan akidah dan sudah dianggap mempersendakan isteri-isteri nabi yang sudah terjamin kemuliaannya?

Takkan hendak menunggu laporan dan aduan baru hendak bertindak kerana ia pasti akan mengelirukan masyarakat terutamanya yang beragama Islam, kononnya dua penipu ini selayaknya diberi taraf seperti isteri nabi?

Ternyata Umno sanggup melakukan apa sahaja demi undi hingga sanggup memainkan sentimen agama dan mempersendakan hukum!

JALAN PULANG
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2013/04/kantoi-wanita-umno-samakan-taraf-rosmah.html

No comments: