Cuba Banding

Monday, May 27, 2013

Panas: JAIP Batalkan Sijil Halal Pusat Sembelihan Ayam Jaya Gading Farm Sdn Bhd Di Kuantan

Panas: JAIP Batalkan Sijil Halal Pusat Sembelihan Ayam Jaya Gading Farm Sdn Bhd Di Kuantan


 KUANTAN, 28 Mei - Umat Islam di kawasan Kuantan dan sekitarnya diminta berhati-hati ketika membeli membeli ayam yang diedarkan oleh syarikat Jaya Gading Farm Sdn Bhd, kerana lesen halal mereka telah ditarik balik oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 26 April 2013 yang lalu. Menurut surat rasmi JAIP yang diedarkan pada 30 April 2013 itu, keputusan itu telah dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Tanda Halal Negeri Pahang Bil 4/2013. Panel sebulat suara bersetuju menarik balik Sijil Pengesahan Tanda Halal kepada pusat sembelihan ayam terbabit yang beroperasi di Lot 54, Kawasan Perindustrian Semambu di sini. Dilaporkan, pusat sembelihan terbabit telah menyalahi Standard Persijilan Halal Malaysia di dalam manual Manual Prosedur Persijilan Halal 2011 Semakan Kedua di dalam Seksyen 7.4.6 Subseksyen C (vii) berkaitan kesalahan serius iaitu "Penggunaan Alat Stunning sehungga menyebabkan haiwan mati atau hayat mazbah". Surat pekeliling berkenaan perkara ini dipercayai telah diedarkan oleh pihak JAIP kepada pihak yang berkenaan termasuk hotel, restoran, pasaraya dan yang berkaitan dengannya. Surat yang ditandatangani oleh Murad Abd Mutalib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Antara lain JAIP meenasihatkan pihak terbabit tidak mengambil bekalan ayam dari syarikat terbabit yang didapati melanggar syarat persijilan halal seperti yang ditetapkan..

   Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/05/panas-jaip-batalkan-sijil-halal-pusat.html#ixzz2UVU3Hlgp




No comments: